Photobucket

Click to donate me

09 March 2011

Logitech Couch Mouse M515

http://jdr.com/images/products/L/logi_couch_m515.jpg








http://www.techmagnews.com/wp-content/uploads/images/Logitech_Couch_Mouse_M515.jpg



BERIKUTAN permintaan meningkat kepada penggunaan komputer yang disambungkan ke televisyen, Logitech memperkenalkan tetikus yang mampu menerima dan memproses serta menerima isyarat komunikasi walaupun pengguna duduk selesa di sofa.

Tetikus tanpa wayar model Couch Mouse M515 mampu digerakkan di atas permukaan tidak rata di mana-mana kawasan di atas sofa yang membolehkan pengguna mengawalnya dengan selesa untuk menonton pindah turun video atau menonton TV Intenet.

Couch Mouse M515 2.4 GHz ialah tetikus pintar yang canggih dilengkapi pemproses mikro untuk membolehkan komunikasi dua hala, sekali gus memberi pengalaman baru dan memuaskan pengguna.

Walaupun berkuasa tinggi, tetikus ini perlu mendapat tempat di kalangan pengguna kerana saiznya yang kecil dan kompak mudah untuk dibawa ke mana saja serta turut disesuaikan untuk kegunaan desktop atau laptop.




Kepintarannya juga terbukti apabila ia boleh mengurus bateri sendiri yang mana pengguna akan diberitahu apabila berada pada tahap rendah dan mengoptimumkan penggunaannya jika pengguna sibuk melayari Internet dan sebagainya.


Ia turut dilengkapi teknologi khusus direka Logitech melalui HyperFast Scrolling yang menjadikan pelayaran blog atau laman sosial anda lebih mudah diuruskan sekiranya halaman terbabit terlalu panjang untuk dibaca.

Semua pembaharuan itu menjadi konsep baru kepada sebuah tetikus yang bukan lagi hanya peranti input.

Kini, ia terus dievolusikan berasaskan teknologi laser yang mengesan pergerakan tanpa berkompromi dengan jenis permukaan bermakna pengguna boleh menggerakkan tetikus di atas permukaan tidak rata berbanding penggunaan bebola.

>SPESIFIKASI
PRODUK: Logitech Couch Mouse M515
HARGA: RM148
JAMINAN: tiga tahun
KEPERLUAN SISTEM: Windows XP, Vista, Windows(R) 7, Macintosh OS X 10.5
ANTARAMUKA: USB
DIMENSI: 104.7 x 59.4 x 38.5mm
BERAT: 86.7g
CIRI UNIK: sesuai untuk permukaan sofa, kain atau karpet

No comments:

Post a Comment

 

click to donate me

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here